Jika anda ada sebarang persoalan tentang penerbangan, atau jika ada komen dan cadangan bagi memperbaiki blog ini, sila hubungi saya.

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, February 18, 2007
Kapal Terbang

Secara umumnya, kapal terbang merupakan sebuah pesawat terbang yang terbang menggunakan sayap. Helikopter terbang dengan cara yang berbeza dengan kapal terbang iaitu dengan menggunakan bilah-bilah rotor. Sebelum kita mengkaji prinsip penerbangan dengan lebih mendalam, kita perlulah mengenal beberapa komponen utama yang terdapat pada sesebuah kapal terbang seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah.


Gambar: Komponen-komponen utama sebuah kapal terbang


Komponen


Fungsi

Fiuslaj (Fuselage)


  • Rangka bagi menetapkan bentuk kapal terbang.
  • Tempat mengisi penumpang, bagasi, kargo, peralatan penerbangan,  bahan api dan sebagainya.

Sayap (Wing)


  • Menghasilkan daya angkat yang diperlukan untuk terbang.
  • Tangki simpanan bahan api.

Kokpit (Cockpit)


  • Tempat juruterbang mengendalikan kapal terbang.
  • Terdapat peralatan-peralatan elektronik (avionik) yang digunakan oleh juruterbang sewaktu penerbangan.

Enjin (Engine)


  • Menghasilkan daya tujah yang menggerakkan kapal terbang ke hadapan.

Penstabil Menegak (Vertical Stabilizer)


  • Menstabilkan pesawat terbang pada paksi menegak.

Penstabil Mengufuk (Horizontal Stabilizer)


  • Menstabilkan pesawat terbang pada paksi mengufuk.

Gear Pendaratan (Landing Gear)


  • Roda ketika berada di darat.
  • Struktur yang menampung keseluruhan berat kapal terbang.

Radar (Radar)


  • Menentukan lokasi dan arah penerbangan.

Lampu Navigasi (Navigation Light)


  •  Mengelakkan perlanggaran.

Jadual: Fungsi beberapa komponen utama kapal terbang


Permukaan Kawalan Pesawat Terbang

 
Permukaan kawalan (control surface) merupakan kompoen-komponen yang berfungsi untuk mengawal olah gerak (manouver) sesebuah kapal terbang. Terdapat lima permukaan yang biasa didapati iaitu aileron, kemudi (rudder), penaik (elevator), kepak (flap) dan trim tab.

 

Aileron

Aileron merupakan kompnen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan berputar (rolling). Aileron terletak pada kedua-dua belah sayap dan pergerakannya dikawal oleh kayu kawalan (control stick). Apabila juruterbang menolak kayu kawalan ke kanan, aileron sebelah kanan akan naik dan aileron sebelah kiri pula akan turun. Ini menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kanan. Begitu juga sebaliknya, jika kayu kawalan ditolak ke kiri, aileron sebelah kiri kiri akan naik manakala aileron sebelah kanan pula akan turun. Ini menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kiri.



Gambar: Aileron di kedua-dua belah sayap kapal terbang

 

Gambar: Pergerakan olengan yang disebabkan oleh aileron


Kemudi

Kemudi merupakan komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan merewang (yawing). Kemudi terletak pada bahagian penstabil menegak dan pergerakkannya dikawal oleh pedal yang terletak di bawah kaki juruterbang. Apabila kapal terbang ingin direwang ke kanan, juruterbang akan memijak pedal di sebelah kanan dan serentak dengan itu, kemudi akan bergerak ke kanan. Begitulah sebaliknya. Apabila kapal terbang ingin direwangkan ke kiri, juruterbang akan memijak pedal di sebelah kiri dan mengakibatkan kemudi bergerak ke kiri. Biasanya, untuk membelok, gabungan pergerakan rewang dan putar dilakukan serentak. Oleh itu, juruterbang perlu mengawal secara serentak kedua-dua kayu kawalan dan pedal mengikut arah belokan yang diinginkan.



Gambar: Kemudi yang terletak di bahagian penstabil menegak


Penaik

Penaik merupakan komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan mendongak (pitching). Penaik terletak pada kedua-dua belah penstabil mengufuk dan pergerakannya dikawal oleh kayu kawalan. Apabila juruterbang menolak kayu kawalan ke hadapan, penaik akan turun dan mengakibatkan muncung kapal terbang terturun ke bawah. Sebaliknya, jika kayu kawalan ditarik ke belakang, penaik akan naik dan muncung kapal terbang akan terdongak ke atas.



 Gambar: Penaik yang terletak pada penstabil mengufuk


Gambar: Pengerakan dongakan yang disebabkan oleh penaik


Kepak

Kepak ialah satu kepingan "sayap" kecil yang diengselkan di bahagian pinggir belakang dan pinggir hadapan sayap. Kepak yang diletakkan di pinggir belakang dikenali sebagai flap manakala yang di bahagian pinggir hadapan pula dikenali sebagai slat. Fungsi kepak bukan untuk mengawal arah pergerakan kapal terbang tetapi merupakan alat untuk menghasilkan daya angkat tambahan yang diperlukan ketika perlepasan dan pendaratan. Dengan menambahkan luas permukaan dan kamber sayap, daya angkat juga dapat ditingkatkan.

 
Daya angkat tambahan diperlukan ketika berlepas di landasan yang pendek kerana kapal terbang perlu berada di udara walaupun kelajuan perlepasan masih belum mencukupi. Jika tidak, kapal terbang tersebut mungkin akan terkeluar dari landasan dan terbabas. Ketika pendaratan pula, kapal terbang perlu menghampiri landasan pada kelajuan yang rendah, dan ini akan mengurangkan daya angkat. Maka daya angkat tambahan diperlukan. Jika kapal terbang mendarat dalam keadaan yang sangat laju, impaknya boleh merosakkan gear pendaratan dan kapal terbang akan terhempas.


Penurunan kepak boleh dilaraskan bergantung kepada kelajuan penerbangan yang dikehendaki. Sesetengah kapal terbang jet yang besar (contohnya Boeing 747) boleh menurunkan kepaknya sehingga 30 darjah bagi menghasilkan daya angkat yang besar sewaktu pendaratan.



Gambar: Kedudukan flap dan slat yang terdapat pada sayap pesawat Airbus A-300

 
Berikut adalah beberapa jenis flap dan slat yang banyak digunakan pada kapal terbang pada hari ini.

  1. Kueger flap - terdapat pada pinggir hadapan sayap
  2. Plain flap - dipangsi pada satu engsel mudah
  3. Split flap - terdiri daripada dua bahagian iaitu atas dan bawah. Bahagian bawah berfungsi seperti plain flap manakala bahagian atas tidak bergerak.
  4. Fowler flap - menggelungsur ke belakang sebelum turun ke bawah
  5. Slotted flap - terdiri daripada beberapa slot
  6. Blown flap - meniup udara yang keluar dari enjin ke atas sayap dan sekali gus meningkatkan daya angkat

 Gambar: Beberapa jenis flap


Trim Tab

Trim tab merupakan permukaan kawalan yang biasanya terdapat pada kapal terbang yang besar dan selaluya diletakkan pada pengangkat dan kemudi. Pada kapal terbang yang besar, daya yang bertindak pada pengangkat dan kemudi juga besar. Ini menyebabkan kayu kawalan menjadi lebih berat dan susah untuk digerakkan. Juruterbang memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal kayu kawalan tersebut. Dengan adanya trim tab, daya yang besar itu tadi dipindahkan kepada trim tab dan tiada lagi daya pada pengangkat dan kemudi. Oleh itu, juruterbang seolah-olah tidak merasa sebarang daya pada kayu kawalan dan boleh melakukan olah gerak dengan mudah.




Olah Gerak Kapal Terbang




Posted at 05:50 am by captain

cheap ugg boots
November 13, 2012   08:10 PM PST
 
For this statement, Jochen Zeitz argued that a considerable part of the product had being through wind and rain to counter the trend of fail for decades,722683,http://kapalterbang.blogdrive.com/archive/4.html
chanel australia store
November 5, 2012   11:53 PM PST
 
I'd actually love to review these boxes on my shopping/lifestyle blog. i wonder if they'd send me a sample box to talk about?,800878,http://kapalterbang.blogdrive.com/archive/4.html
chanel australia store
November 2, 2012   05:18 AM PDT
 
i went to the same school as patrick. i remeber those girls from my school who wrote in. they were white trash...i always felt so bad for them.,149812,http://kapalterbang.blogdrive.com/archive/4.html
michael kors online sale
August 25, 2012   04:59 PM PDT
 
Very, very nicely done!,003640,http://kapalterbang.blogdrive.com/archive/4.html
Belstaff store
April 27, 2012   05:01 PM PDT
 
Thanks, I'm going to have nightmares tonight.,977804,http://kapalterbang.blogdrive.com/archive/4.html
somebody
May 8, 2011   02:05 AM PDT
 
jadi seorang pilot memang cita2 saya sejak kecil lagi..tapi ia hanyalah tinggal cita2 saje...huhuhu
captain danish
April 29, 2011   07:54 PM PDT
 
saya suka dengan aeroplane dan cita-cita saya ialah pilot kerana saya nak megantikan masa ayah saya jatuh kapal terbang untuk mengajar orang itu di los angelos pada 2007 ...............................
Name sri
April 18, 2011   09:22 PM PDT
 
ghfcddddd
zzz
April 5, 2011   09:35 PM PDT
 
great !
more information ....
zizot
April 14, 2010   11:45 AM PDT
 
tambah la mklumat lgi pasal kapal terbang
@-ngah
November 11, 2009   12:20 PM PST
 
cayok,,,, cara-cara mengendalikan alat kawalan didalam kapal terbang tidak dinyatakan
AMIR
October 27, 2009   12:49 PM PDT
 
ALL THE BEST
LAN
October 21, 2009   03:02 PM PDT
 
TAPY SHOK LA
DPT THU SRBA SEDIKIT TNTG KPL TRBG
LAN
October 21, 2009   03:02 PM PDT
 
TAPY SHOK LA
DPT THU SRBA SEDIKIT TNTG KPL TRBG
AYU
September 6, 2009   03:24 PM PDT
 
Mudah difahami dan maklumat yang di paparkan lebil ditil ,keterangan diatas menarik perhatian saya,harap pihak berkeaan dapat memaparkan fungsi enjin kapal terbang dangan lebil ditil.terima kasih
kintan
August 6, 2009   10:48 AM PDT
 
this page give me more knowledge about basic aricraft. tqvm
kimeron sibul
May 19, 2009   06:07 AM PDT
 
saya sangat tertarik blog ni dan berminat.terutamanya bahagian enjin kapal terbang...boleh ke kalau bahagian2 enjin kapal terbang di ualaskan dengan gambar2 sekali.
daus
November 29, 2008   08:02 AM PST
 
tolong tunjuk biar lengkap lg........
yanto
October 22, 2008   09:26 PM PDT
 
kok belum di update ya....bisa enda kamu beri ulasan yang lebih terperinci....saya rasa,para penbaca ingin hal yang baru....saya tunggu ya....i like this you homepage....
kicing
July 28, 2008   01:25 PM PDT
 
nda lengkap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
rUSh777_zeRO
June 10, 2007   07:10 PM PDT
 
Great and easy to understand... quite interesting..make me more exuberant to start and continue my study....thanks..but still......blur. what's the differences between engineering technology in avionics maintenance and aircraft maintenance technology in avionics...accept for their spelling. T.Q.
andhini
May 2, 2007   11:16 AM PDT
 
those are good explaination, but i was a little bit confused of your language. cuz i speak indonesian. are you a pilot? or an engineer of aviation?
AHMAD FAISHAH
April 9, 2007   03:27 PM PDT
 
penerangan dalam page ni memang terperinci dan mudah difahami.
saya tertarik dengan penerangan diatas...
harap pihak berkenaan dapat tingkat kan lagi penerangan dengan lebih mendalam...
terima kasih


-ahmad faishah-
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry